PENGAKTIFAN INTERVENSI ILAHI ~ Malay promotional video

2 years ago
22

Kami akan menjalani pengaktifan ini sebagai proses dua langkah, langkah pertama ialah menandatangani petisyen Pembebasan Planet yang disenaraikan di bawah, langkah kedua adalah meditasi itu sendiri. Pencetus dua langkah ini akan membawa kesan yang maksimum kepada keadaan planet.

Tandatangani petisyen Pembebasan Planet (pautan ke kedua-dua platform):

https://www.thepetitionsite.com/576/357/913/planetary-liberation-now/

https://www.change.org/p/the-awakened-population-planetary-liberation-now

Kami memerlukan 144,000 tandatangan menjelang 21 Disember 2021 untuk mencetuskan kesan eksopolitik yang diingini.

Kami akan menjalani Pengaktifan Intervensi Ilahi pada masa yang terbaik untuk memberi kesan positif yang maksimum kepada manusia, tepat pada saat solstis pada Disember 21, 2021.

Masa yang tepat adalah pada 8:00 pagi PST di Los Angeles. Ini bersamaan dengan 9:00 pagi MST di Denver, 10:00 pagi CST di Chicago, 11:00 pagi EST di New York, 4:00 petang GMT di London, 5:00 petang CET di Paris, 6:00 petang EET di Cairo, dan kemudian kami menyeberang ke hari Rabu 22 Disember untuk zon waktu timur jauh: 00:00 pagi CST (tengah malam) pada hari Rabu 22 Disember di Taipei dan Beijing, 01:00 pagi JST di Tokyo dan 03:00 pagi AEST di Sydney.

*22 Disember 2021, 00:00 pagi MYT untuk Malaysia
*21 Disember 2021, 23:00 petang WIB untuk Indonesia

Anda boleh menyemak masa meditasi untuk zon waktu anda di sini:

https://www.timeanddate.com/worldclock/fixedtime.html?msg=DIVINE+INTERVENTION+ACTIVATION&iso=20211221T17&p1=195

Arahan untuk meditasi pada 21 Disember 2021 (masa yang dicadangkan untuk meditasi kami ialah 20 minit):

1. Guna teknik anda sendiri untuk membawa anda ke tahap kesedaran yang santai.

2. Nyatakan niat anda untuk mengguna meditasi ini sebagai alat untuk membentuk pencetus bersama yang akan memulakan proses Perhubungan Pertama dengan makhluk Galactic yang berkebajikan dan Intervensi Ilahi.

3. Mohon lidah api ungu (Violet Flame) dari sumber utamanya untuk membentuk satu lingkaran perlindungan di sekeliling anda semasa dan selepas meditasi ini. Minta lidah api ungu untuk transform segala yang tidak berkhidmat untuk cahaya.

4. Bayangkan sebatang tiang Cahaya putih yang terang terpancar dari Matahari Kosmic Sentral, kemudian disebar ke Matahari Sentral di semua galaksi dalam alam semesta ini. Kemudian bayangkan cahaya ini mengalir melalui Matahari Galactic Sentral dan kemudian memasuki Galaksi kita, kemudian memasuki Sistem Suria kita dan melalui semua makhluk Cahaya di dalam Sistem Suria kita, dan kemudian melalui semua makhluk padai permukaan planet Bumi dan juga melalui semua mahluk di bawah tanah, dan juga melalui badan anda sehingga ke pusat Bumi.

5. Nyatakan keinginan dan keputusan anda untuk Perhubungan Pertama dan Intervensi Ilahi melalui pembacaan dekri (dengan sekuat-kuatnya jika boleh). Tiga kali untuk setiap dekri. Saya berdekri dan berperintah untuk Perhubungan Pertama secara fizikal dengan makhluk Galactic yang berkebajikan sekarang! Saya berdekri untuk Intervensi Ilahi sekarang! Saya berdekri dan berperintah untuk Perhubungan Pertama secara fizikal dengan makhluk Galactic yang berkebajikan sekarang! Saya berdekri untuk Intervensi Ilahi sekarang! Saya berdekri dan berperintah untuk Perhubungan Pertama secara fizikal dengan makhluk Galactic yang berkebajikan sekarang! Saya berdekri untuk Intervensi Ilahi sekarang!

6. Bayangkan makhluk Galactic yang berkebajikan membalas dekri tersebut dan berhubung dengan anda serta semua orang yang membaca dekri yang sama secara fizikal. Bayangkan Pencipta campur tangan secara langsung dalam keadaan pada Bumi, mencetuskan satu penyembuhan yang kuat untuk transformasi manusia. Bayangkan Cahaya ini transform segala kegelapan yang tersisa di Bumi, menyembuhkan semua ketidaksamaan, menghapuskan semua kemiskinan dan membawa kemewahan bagi seluruh umat manusia. Bayangkan mulanya kitaran besar kosmik baharu Zaman Akuarius, membawa Cahaya Suci, Cinta dan Kebahagiaan yang murni kepada semua makhluk di Bumi.

Kemaskini mengenai Pengaktifan Intervensi Ilahi:

http://2012portal.blogspot.com

Loading comments...