Guitar Learning Journey: Sheila Majid's "Sinaran" with vocals (cover)

3 years ago
6

Dengan kepimpinan, perancangan dan dorongan Roslan Aziz, "Sinaran" ialah lagu yang dipersembahkan oleh penyanyi Malaysia, Sheila Majid. Ia dikeluarkan sebagai single pertamanya untuk album kedua beliau.

Lagu ini ditulis oleh Azlan Abu Hassan dan Johan Nawawi

"Sinaran" telah dirakamkan semula sebanyak empat kali. Lagu ini pernah dipersembahkan oleh Azharina ketika menyertai Bintang RTM pada 2001 dan pada konsert minggu kedua Gegar Vaganza pada 2016. Lagu ini kemudian dirakamkan semula dengan versi baru oleh Ayda Jebat.

Pemuzik jazz halus Amerika Syarikat, Dave Koz, merakamkan lagu "Sinaran" pada saxophone sebagai promotional single pada Disember 1989.

Kumpulan pop Indonesia, Warna merakamkan semula lagu "Sinaran" pada tahun 2000 dengan versi mereka tersendiri tanpa lari dari rentak jazz dan R&B. DJ Dipha Barus pernah menggubah lagu ini dengan versi adunan semula.

Loading comments...