Hala menangis mendengar berita selepas Ismail Al-Ghoul dibunuh

8 hours ago
3

Hala, seorang gadis muda yang menghidap kanser, telah dipindahkan keluar dari Gaza kerana liputan yang dilakukan oleh Ismail.

Hala menangis mendengar berita selepas Ismail Al-Ghoul dibunuh oleh serangan udara Israel awal hari ini.

Ismail adalah orang yang menghantar rayuannya untuk mendapatkan bantuan buat Hala pada 10 Mac 2024, apabila tiada sesiapa yang memberi perhatian kepada kesnya, dan kesan liputan tersebut akhirnya membawa kepada pemindahan Hala.

Walaupun selepas Ismail ditahan dan kehilangan telefonnya dan nombor ibunya semasa salah satu pencerobohan Al-Shifa. Ismail masih berjaya mencari nombor itu dan menghantarnya kepada kami untuk memudahkan Hala dipindahkan.

Inilah sifat seorang Ismail; seorang wira yang akan diingati zaman berzaman.

Loading comments...