Semuanya akan jadi mengejut, tanpa ada amaran dan persediaan

1 year ago
4

Semuanya akan jadi mengejut, tanpa ada amaran dan persediaan, ramai akan panik ketika itu, putus harap dan akhirnya mencari jalan mudah menyelamatkan diri dengan mengikut arus apa yang dikehendaki oleh agen-agen Dajjal. Apatah lagi kemarau yang berlanjutan selama 3 tahun, apakah persiapan kita ?

Sebahagian besar Masyarakat kita masih berkira-kira dunia sudah terhenti dengan pelbagai musibah setelah 2 tahun bergelumang dengan 'pandemik palsu' yang diciptakan bagi membolehkan manusia-manusia mendapatkan air suci sebagai batu loncatan pandemik dahsyat yang sedang disiapkan dalam jangka masa terdekat.

Sebenarnya mereka seakan-akan sudah tiada masa, segala perancangan Dajjal dan Iblis perlu dituruti demi kemewahan dunia yang dijanjikan. Setiap hari berkali-kali mesin mereka buat kerja, dari atas langit, bawah tanah dan permukaannya. Apa yang pasti mereka pasti mencuba untuk menciptakan sesuatu yang dahsyat.

Kita perlu memahami bahawa kita akan diserang dengan pelbagai tekanan. Dari aspek ekonomi yang runtuh, ramai manusia bakal miskin, makanan terhad dan akan terjadinya kebuluran, jenayah dimana-mana, pembunuhan berlaku setiap hari.

Manusia jadi tidak tentu arah, krisis tenaga menjadi punca dunia ketika itu bergelap, perbankan online down, hingga hilang wang berjuta-juta di dalam akaun dan banyak lagi kehancuran yang bakal berlaku.

Era rentetan Zaman kemunculan Dajjal adalah zaman yang mencengkam. Bermula kemarau, kejatuhan ekonomi, kebuluran, peperangan dan pembunuhan (Al Harj). Sebab itu bermula dari sekarang, agenda untuk memberi tekanan kepada manusia sedang rancak, segalanya dengan izin Allah SWT, kenapa? Kerana itu juga termasuk di dalam aturan dan sunnahNYA di akhir zaman. Jangan kita salah sangka, tak kan semua itu berlaku?? Maka rajin-rajinlah menyemak dan mengkaji hadis-hadis akhir zaman.

Nasihat kami, biarlah orang lain mahu terleka, jangan diri kita. Tingkatkan amal ibadah mulai sekarang kerana masa sangat pantas berlaku. Kumpul sebanyak mana mungkin amal dan bekal untuk akhirat.

Soal bila kita akan menempuh waktu itu terserah kepada Allah. Samada kita hidup dizaman Dajjal atau kita terbunuh sewaktu krisis dahsyat yang berlangsungan beberapa lama adalah rahsia Allah SWT.

Jangan bertangguh, beramallah bermula sekarang, tukarkan wang dengan sedekah dan pahala. Segalanya bakal berubah 360' tanpa kita sedar dan bersedia. Ia akan berlaku berantai satu persatu, sebagai contoh terjadinya wabak yang dahsyat, dalam masa yang sama gempa bumi, kemarau, tsunami, puting beliung dan banjir yang menenggelamkan banyak bandar-bandar besar.

Hasbunallahu wani'mal wakeel.

Loading comments...