Pengaktifan Portal Cahaya Suci ~ Malay promotional video

1 year ago
65

Ini merupakan satu pengaktifan planet yang paling berkuasa sepanjang hayat kita sehingga sekarang!

Lambaian Portal Cahaya Suci dapat dirasai mulai 23 Mac, apabila Pluto memasuki Aquarius buat kali pertama selepas lebih daripada 200 tahun, akan mencapai keamatan kemuncaknya pada 1 Mei apabila berlakunya kemunduran Pluto, dan tenaga ini akan berundur secara perlahan-lahan sehingga 11 Jun apabila Pluto keluar dari Aquarius sekali lagi:
Oleh itu, pengaktifan Portal Cahaya Suci akan membawa tenaga Zaman Aquarius ke peringkat yang seterusnya.

Pada saat pengaktifan dijalankan, Pluto akan membuat satu grand trine (tiga planet dalam segi tiga yang tepat) dengan Alcyone (matahari sentral kita di Pleiades) pada 0 darjah 18 minit Gemini, dan galaksi M87 (galaksi utama dalam gugusan Virgo, sebagai sumber kasih galaksi untuk sektor alam semesta ini) pada 1 darjah 14 minit Libra. Grand Trine ini akan membawa tenaga cinta kosmik yang sangat kuat ke planet in dan ini akan menjadi pencetus yang akan membolehkan tenaga dari pusat Galactic mula mengalir ke planet kita dengan bebas. Pancaran tenaga cinta kosmik akan berasal dari galaksi M87 dalam gugusan besar Virgo dan ia akan jauh lebih kuat daripada pancaran yang sampai ke Bumi dari M87 semasa pengaktifan portal AION.

Ia juga akan menjadi lebih kuat daripada pancaran yang berlaku semasa pengaktifan terakhir Zaman Aquarius.

Grand Trine ini akan aktif sepanjang tempoh Pluto berada di Aquarius, dari 23 Mac hingga 11 Jun. Pluto dalam Aquarius menandakan makhluk-makhluk Galactic yang positif akan fokus pada usaha ke arah Penghubungan Pertama, dan Pleiadian akan memainkan peranan yang sangat aktif dalam hal ini.

Kami akan menjalani Pengaktifan Portal Cahaya Suci pada masa yang terbaik untuk memberi kesan positif yang maksimum kepada manusia. Pengaktifan akan dijalankan pada 10:06 pagi PDT pada 1 Mei di Los Angeles. Ini bersamaan dengan 11:06 pagi MDT di Denver, 12:06 tengah hari CDT di Chicago, 1:06 petang EDT di New York, 6:06 petang BST di London, 7:06 petang CEDT di Paris, 8:06 petang EET di Kaherah , 1:06 pagi CST pada 2 Mei di Taipei dan Beijing, 2:06 pagi JST pada 2 Mei di Tokyo dan 3:06 pagi AEST pada 2 Mei di Sydney.

* 1:06 pagi MYT pada 2 Mei di Malaysia
* 12.06 pagi WIB pada 2 Mei di Indonesia

Arahan untuk meditasi: (Masa yang dicadangkan untuk meditasi kami ialah 20 minit)

1. Guna teknik anda sendiri untuk membawa anda ke tahap kesedaran yang santai.

2. Nyatakan niat anda untuk mengguna meditasi ini sebagai alat yang akan membantu dalam pembukaan Portal Cahaya Suci.

3. Mohon lidah api ungu (Violet Flame) dari sumber utamanya untuk membentuk satu lingkaran perlindungan di sekeliling anda semasa dan selepas meditasi ini. Minta lidah api ungu untuk transform segala yang tidak berkhidmat untuk cahaya.

4. Bayangkan sebatang tiang Cahaya putih yang terang terpancar dari Matahari Kosmic Sentral, kemudian disebar ke Matahari Sentral di semua galaksi dalam alam semesta ini, mengalir melalui Matahari Sentral galaksi M87. Kemudian bayangkan cahaya ini mengaktifkan Matahari Galactic Sentral dan kemudian memasuki Galaksi kita, memasuki Sistem Suria kita dan melalui semua makhluk Cahaya di dalam Sistem Suria kita, dan kemudian melalui semua makhluk pada permukaan planet Bumi, dan juga melalui badan anda sehingga ke pusat Bumi.

5. Bayangkan Cahaya ini transform segala kegelapan yang tersisa di Bumi, menyembuhkan semua ketidaksamaan, menamatkan segala peperangan, menghapuskan semua kemiskinan dan membawa kemewahan bagi seluruh umat manusia. Bayangkan kebangkitan kerohanian manusia secara besar-besaran dan berhubung dengan makhluk galactic yang positif. Bayangkan mulanya kitaran besar kosmik baharu Zaman Aquarius, membawa Cahaya Suci, Cinta dan Kebahagiaan yang murni kepada semua makhluk di Bumi.

Kemaskini mengenai Pengaktifan Portal Cahaya Suci:

http://2012portal.blogspot.com

https://www.lemurialight.com/portal-of-light-activation

Music: "I am Iron", "Irish Sunset" Royalty free music from https://www.FesliyanStudios.com

Loading comments...