Eks LINUD MALINDO 2022: Teriakan perang tentera elit Malaysia-Indonesia

1 year ago

Teriakan perang atau Yel Yel merupakan salah satu tradisi yang seringkali menyerikan latihan bersama antara Tentera Darat Malaysia dan Tentara Nasional Indonesia-Angkatan Darat (TNI-AD).

Eksesais LINUD MALINDO 2022 yang diadakan baru-baru ini tidak terkecuali dari tradisi tersebut. Teriakan perang dilakukan secara bersama oleh anggota dari Batalion ke-17 Rejimen Askar Melayu Diraja (Para) dan Yonif Para Raider 432.

Latihan bersama bilateral yang diadakan secara bergilir ini merupakan salah satu penzahiran kerjasama pertahanan dan ketenteraan di antara Malaysia-Indonesia yang telah terjalin sekian lama.

Semasa menyempurnakan majlis penutup Eks LINUD MALINDO 2022, Panglima 10 Briged (Para), Brigedier Jeneral Khairul Azmizal Ahmad Natal menyatakan latihan bersama ini merupakan satu manifestasi kepada hubungan yang kukuh dan akrab diantara Tentera Darat dan TNI-AD yang telah terjalin sejak sekian lama.

Perkara yang sama turut dinyatakan oleh Panglima Divisi Infanteri 3 KOSTRAD, Mayor Jenderal TNI Dwi Darmadi. Beliau berharap latihan bersama ini akan terus mempertingkatkan hubungan harmoni antara tentera kedua-dua negara berjiran.

Berita berkaitan: https://www.airtimes.my/2022/08/11/ek...

#AirTimes #Malaysia #TenteraDarat #Indonesia #TNI-AD #ATM #TNI #MALINDO

Loading comments...