Program Tenaga Hijau Korporat imbangi permintaan yang terus meningkat

1 year ago

Program Tenaga Hijau Korporat (CGPP) diperkenal bagi memenuhi permintaan bekalan tenaga mesra alam yang terus meningkat. Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan memaklumkan program tersebut menggunakan mekanisma Perjanjian Pembelian Tenaga Maya dengan jumlah kuota 600 megawatt.

Jelas beliau setiap syarikat hanya boleh memohon antara 5 hingga 30 megawatt. Syarikat yang layak boleh memeterai Perjanjian Tenaga Hijau Koporat dengan penjana tenaga solar bagi penjualan dan pembelian sijil Tenaga Boleh Baharu secara maya dengan terma dipersetujui bersama. Beliau bercakap dalam Majlis Pengumuman Pelaksanaan Tenaga Hijau Korporat di Putrajaya.

Loading comments...