PM ucap Tahniah Kejayaan Pearly Tan - M Thinaah , banggakan Keluarga Malaysia

1 year ago
12

Beregu wanita utama negara, Pearly Tan-M. Thinaah menamatkan kemarau kejuaraan Malaysia di Terbuka Perancis apabila menewaskan pasangan Jepun, Mayu Matsumoto-Wakana Nagahara pada aksi final di Paris, malam tadi.

Kejayaan pasangan itu turut mendapat perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau menerusi catatan di Facebook rasminya, mengucapkan tahniah kepada pasangan tersebut. Datuk Seri Ismail Sabri berkata kejayaan Pearly-Thinaah menamatkan kemarau kejuaraan berjaya mengharumkan nama Malaysia di persada dunia.

Jelas beliau, kejayaan pasangan beregu itu membuktikan sukan berupaya mengharumkan nama Malaysia di persada dunia, selain menyatukan kaum. Bukan itu sahaja, Ia juga dapat meningkatkan semangat kekitaan yang menjadi asas Keluarga Malaysia.

Loading comments...