Sektor eko pelancongan negara perlu ubah mentaliti terhadap pelancongan domestik

1 year ago

Mentaliti rakyat Malaysia terhadap pelancongan domestik perlu diubah. Ini berikutan terdapat segelintir yang suka membandingkan kecantikan eko pelancongan negara luar yang dikatakan lebih menarik walaupun ditawarkan pada harga tinggi.

Pengerusi Persatuan Pelancongan Daerah Seremban, Jefri Ramli berkata sokongan rakyat penting bagi membantu sektor pelancongan negara selepas terjejas teruk akibat pandemik COVID-19. Tindakan ini turut meningkatkan aliran tunai dalam negara dan mengurangkan kadar inflasi.

Loading comments...