COVID-19: Malaysia terima vaksin Bivalent bulan depan

1 year ago
2

Malaysia bakal menerima tempahan vaksin Bivalent keluaran Pfizer bulan depan. Menurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, tempahan vaksin itu tidak membabitkan perolehan tambahan sebaliknya menggunakan perolehan sedia ada.

KKM menyarankan pengambilan dos penggalak kedua terutamanya kepada golongan berisiko walaupun ketika ini KKM tidak mewajibkannya kepada seluruh rakyat Malaysia.

Ia digalakkan kepada mereka mempunyai masalah kesihatan penyakit kronik, sistem imun lemah, ibu mengandung, petugas barisan hadapan di samping mereka yang akan bertugas pada PRU15 nanti. Setakat ini, 519,839 orang direkodkan telah mendapatkan dos penggalak kedua.

Loading comments...