Pharmaniaga Bhd unjur US$30 juta bagi pasaran China menjelang 2025

1 year ago
4

Pharmaniaga Bhd mengunjurkan hasil jualan mencecah US$30 juta bagi pasaran China menjelang 2025. Menerusi kerjasama dengan JDMAS Commerce Sdn Bhd, syarikat farmaseutikal tersebut bakal mempunyai akses kepada lebih 1.4 bilion penduduk negara tembok besar itu.

Pengarah Urusan Kumpulan Pharmaniaga Datuk Zulkarnain Md Eusope berkata, jumlah itu turut meliputi 570 juta pengguna JD.Com, platform e-dagang terbesar di China. JDMAS akan bekerjasama dengan Pharmaniaga untuk mendaftar, mengimport, mengedar dan memasarkan produk jualan di kaunter dan produk penjagaan kesihatan lain di China.

Beliau bercakap dalam sidang media majlis menandatangani perjanjian persefahaman dengan JDmas diwakili Pengarah Urusannya, Datuk Bruce Lim.

Loading comments...