Mat Kilau kutip RM90 juta, filem Malaysia catat kutipan tertinggi

1 year ago
5

RM90 juta berjaya dikutip Filem Mat Kilau selepas 33 hari tayangan. Jumlah itu menjadikan ia filem Malaysia yang mencatat kutipan tertinggi dalam sejarah perfileman negara.

Filem arahan Syamsul Yusof itu berjaya menggantikan kedudukan filem arahannya sebelum ini iaitu Munafik 2 yang merekodkan kutipan RM48 juta.
Rekod kutipan filem paling tinggi di Malaysia sebelum ini dipegang filem Hollywood terbitan Marvel iaitu Avengers : Endgame dengan jumlah kutipan RM87 juta.

Loading comments...