PRU15: Rusuhan di Tenom, FRU bertindak lepaskan gas pemedih mata

2 years ago
1

4,274 kali gambar dilihat pada 5 November 2022
Kekecohan berlaku di luar pekarangan Dewan DSP Antanom, Tenom pagi tadi, selepas pencalonan Presiden Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (PKDM), Datuk Peter Anthony ditolak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Dalam kejadian jam 10 pagi itu, presiden parti berkenaan hadir di dewan berkenaan bagi mengemukakan borang pencalonan bagi kerusi Parlimen Tenom.

Sebaik saja permohonannya ditolak, penyokong beliau berang dan merusuh sehingga pasukan polis terpaksa melepaskan gas pemedih mata.

Beberapa rakaman video turut tular di media sosial yang memaparkan kekecohan di luar dewan berkenaan.

Loading comments...