Tumpasnya sindiket 'jual' tubuh gadis remaja

2 years ago
1

Sindiket pemerdagangan manusia untuk eksploitasi seks membabitkan gadis remaja ditumpaskan Polis Diraja Malaysia (PDRM) selepas lima warga asing termasuk tiga dalang wanita Thailand diberkas polis.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, pihaknya dengan kerjasama Polis Diraja Thailand (RTP) menangkap dalang terbabit bersama tiga pekerja lelaki Indonesia berusia 30 hingga 39 tahun di sekitar Lembah Klang, pada 26 dan 29 Oktober lalu.

Loading comments...