Dunia dijangka bakal menghadapi krisis ekonomi dan kesihatan yang sangat dahsyat

1 year ago
4

Dunia dijangka bakal menghadapi krisis ekonomi dan kesihatan yang sangat dahsyat sehingga disifatkan oleh Presiden Indonesia sebagai 'Gelap'.

Saat keruntuhan mata wang, peperangan, kekurangan sumber tenaga, krisis makanan dan kebuluran dijangka melanda lebih banyak negara di dunia bermula hujung tahun ini dan kemuncaknya pada 2023.

Persoalannya, adakah Pak Presiden Indonesia ini sedang 'berkonspirasi'? Beliau menyebut dunia, bukan sahaja Indonesia negara yang dipimpinnya saat ini.

Berita-berita seumpama ini tidak keluar daripada pemimpin-pemimpin kita kerana pemimpin kita sentiasa 'berusaha keras' demi memastikan kesejahteraan negara sentiasa berlangsungan dan berterusan.

Sebagai persediaan awal, tetap teguh dengan pergantungan kepada Allah SWT, buat perancangan dan persiapan kewangan yang rapi, prepp lah apa-apa stok makanan dan sumber tenaga yang ada. Sekurang-kurangnya ada sedikit bekalan.

Selebihnya serah kepada Allah SWT. Jadi atau tidak, kita doa banyak-banyak kepada Allah agar kita diselamatkan. Namun ketahuilah, zaman kebangkitan Dajjal kian hampir walaupun ramai 'ustaz-ustaz' masih menafikan. Ianya pasti.

Hasbunallahu wani'mal wakeel.

Kredit kepada pemilik asal video

Loading comments...